Seo Services

Lelaki Dikhuatiri Dihanyut Arus Deras Di Waterfront Sri Aman

Foto ihsan bomba
SRI AMAN: Seorang lelaki dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Dermaga Tebingan Sungai Sri Aman (Waterfront Warf) disini tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mas Asri Wayudi Mas Mashore , 41 yang berasal dari Kampung Hilir juga merupakan seorang anggota askar wataniah.

Menurut saksi Rafiee Lani yang merupakan sahabat mangsa sendiri pada ketika itu sedang memancing, Mas Asri dikatakan sedang membuang air kecil sebelum terjatuh kedalam sungai dan dihanyutkan oleh arus deras kerana kebetulan air sungai sedang pasang ketika itu.

Cemas dengan insiden berkenaan, Rafaie terus terjun dan menyelam kesungai untuk cuba menyelamatkan mangsa.

Walaubagaimanapun, usaha Rafiee menyelam sebanyak enam kali ke dasar sungai dan berharap menjumpai sahabatnya itu gagal kerana aliran deras arus sungai ketika itu menyukarkan dirinya untuk mencari mangsa.

Sementara itu, Rafiee terus membuat laporan ke Balai Polis Sri Aman berhubung kejadian tersebut.

Setakat berita ini ditulis, operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) telah dimulakan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sri Aman bersama agensi lain seperti polis, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM), Rela dan anggota tentera giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian.-Sarawakiana


Lelaki Dikhuatiri Dihanyut Arus Deras Di Waterfront Sri Aman Lelaki Dikhuatiri Dihanyut Arus Deras Di Waterfront Sri Aman Reviewed by Unknown on March 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.