Seorang mandur ladang warga Indonesia diberkas polis selepas didakwa meliwat anak rakan sekerjanya seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam satu kejadian di Ladang Kelapa Sawit Pasai di Sibu.
Curiga dengan keadaan mangsa yang mengadu mengalami masalah membuang air besar, si ibu terus memeriksa dubur anaknya dan mendapati kesan darah pada dubur anaknya. Bimbang dengan sesuatu buruk terjadi kepada anaknya si ibu cuba memujuk anaknya menceritakan apa yang berlaku dan mangsa memberitahu, suspek telah menanggalkan seluarnya dan memaksa dirinya menonggeng.
Difahamkan, ia bukan kali pertama suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut semata-mata bagi memenuhi nafsu buasnya dengan mencabuli kanak-kanak terbabit.
Memetik kenyataan dari Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi dalam sebuah akhbar tempatan, beliau mengesahkan telah menerima laporan kes tersebut. Suspek bekerja sebagai mandur berumur 30 tahun kini telah diperintah reman selama tujuh hari sehingga 9 Mac ini.
Jika sabit kesalahan dibawah mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.-Sarawakiana
Nafsu “Buas” Mandur Liwat Anak Rakan Sekerja
Reviewed by Unknown
on
March 04, 2016
Rating:

No comments: