Seo Services

SPM 2015 Sarawak: Pencapaian Berada Dalam Kategori Sekolah Cemerlang


Hampir semua sekolah di Sarawak dapat dirumuskan berada di dalam kategori pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan dengan lapan sekolah atau 4.42 peratus memperoleh pencapaian berpotensi.

Namun begitu, keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015 Sarawak telah mencatat nilai Gred Purata Negeri (GPN) 5.47 dengan 39 matapelajaran mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan.

Dalam peperiksaan SPM 2015, seramai 26,576 atau 82.26 peratus daripada 32,307 calon SMK yang hadir telah berjaya mendapat sijil SPM, iaitu dengan memenuhi syarat sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon ketika membuat pengumuman semalam berkata, seramai 11 orang calon berprestasi cemerlang tertinggi mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran.

Daripada 64 mata pelajaran telah diambil calon di negeri ini, 29 atau 49.15 peratus mencapai kelulusan 100 peratus. Manakala 14 mata pelajaran (23.3 peratus) mencapai kelulusan 90 hingga 99.9 peratus sementara 16 mata pelajaran (27.12 peratus) mencapai kelulusan 80 hingga 89.9 peratus.

Sehubungan itu, 10 sekolah menengah mencapai gred teratas di negeri ini adalah berprestasi cemerlang berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS).

Terdahulu, Seramai 36,366 calon di Sarawak yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 telah menerima keputusan peperiksaan mereka semalam.

Daripada jumlah tersebut 32,934 orang atau 90.56 peratus adalah calon SMK, 512 calon di bawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia, 803 adalah calon sekolah swasta manakala 2,117 orang adalah calon persendirian. - Sarawakiana 



SPM 2015 Sarawak: Pencapaian Berada Dalam Kategori Sekolah Cemerlang SPM 2015 Sarawak: Pencapaian Berada Dalam Kategori Sekolah Cemerlang  Reviewed by uMieySurianie on March 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.