Pelancong di selatan China sanggup menyelinap masuk ke kawasan penjara semata-mata untuk bergambar dengan padang yang dipenuhi bunga.
Penjara yang terletak di bandar pelancongan popular di Guilin dibanjiri dengan pelawat yang sanggup memanjat pagar untuk masuk ke kawasan berkenaan, lapor People Daily Online.
Sehingga 20 Februari, pengawal penjara menganggarkan lebih 10,000 orang telah melawat tapak itu pada tahun ini.
Menurut NetEase, pelancong dilihat memanjat dinding walaupun pengawal keselamatan cuba untuk menghalau mereka keluar.
Polis turut dibawa masuk untuk mengawal keadaan.
Terdapat juga penambahan pengawal keselamatan di pintu masuk dengan 10 orang dilihat berjaga di kawasan berkenaan.
Ramai pengunjung turut cuba untuk merasuah polis manakala ada yang mencadangkan agar pelancong dapat membeli tiket untuk masuk ke kawasan berkenaan.
Sementara itu, pihak pengurusan penjara mengingatkan orang ramai bahawa kawasan tersebut adalah penjara dan bukannya lokasi tumpuan pelancong.
Pelancong turut membuang sampah menyebabkan kawasan tersebut dipenuhi sampah sarap.
Menurut polis, kawasan berkenaan berkeluasan 50 ekar dan pokok berkenaan mula ditanam sekitar tahun 2006 dan menjadi popular setiap kali tiba musim bunga. - SH
Sanggup Masok Penjara Gara-gara Tengok Bunga
Reviewed by uMieySurianie
on
March 04, 2016
Rating:

No comments: