Seo Services

Sarawak Beri Penekanan Kepada Pembangunan Usahawan


Kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan keusahawanan sebagai antara usaha utama dalam memastikan ekonominya kekal kukuh dan berdaya tahan.

Malah, kerajaan sentiasa menggalakkan pembangunan perniagaan baharu dan memupuk sikap keusahawanan, dalam semua bidang ekonomi, serta meningkatkan kualiti dan kuantiti.

Kerajaan juga mempunyai jabatan yang bertanggungjawab kepada keusahawanan serta sebuah kementerian bagi menyelia perkembangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana.

Usahawan Sarawak perlu meneroka pasaran luar dari negeri itu bagi memperluaskan rangkaian mereka di samping meningkatkan nilai bersih peribadi dan kemakmuran sosial, serta membuka peluang pekerjaan tempatan.

Hala tuju kita ke arah ekonomi global adalah melabur dalam modal insan, terutama dalam pembangunan keusahawanan memandangkan Sarawak dilimpahkan dengan pelbagai sumber semula jadi, keusahawanan merupakan kunci utama kepada ekonomi negeri.

Bahkan Sarawak kini bergerak kepada industri yang pelbagai sejak sekian lama pertanian menjadi tulang belakang kepada ekonomi negeri, diikuti industri perkayuan serta minyak dan gas. - Sarawakiana
Sarawak Beri Penekanan Kepada Pembangunan Usahawan Sarawak Beri Penekanan Kepada Pembangunan Usahawan Reviewed by Unknown on March 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.