Umat Islam dinegeri Sarawak harus menunjukkan sikap yang baik dan cintakan Islam, bertoleransi serta menghormati agama lain bagi melindungi imej Islam daripada imej yang tidak baik oleh puak pelampau dan pengganas.
Bagi menangkis perkara buruk tersebut adalah mengguna salah satu cara terbaik dengan mengukuh hubungan baik sesama umat Islam dan masyarakat bukan Islam jelas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri AbdulTaib Mahmud dalam Majlis wakaf dan pecah tanah masjid baharu Bakam Miri semalam.
Menyentuh tentang kemampuan Islam, Umat Islam dunia mampu menenggelamkan imej golongan pelampau yang bilangannya terlalu kecil dengan menonjolkan cara hidup Islam sebenar. Islam tidak mengajar untuk membuat kejahatan dan haram bagi Islam membunuh dan menyeksa orang dan ia satu perbuatan yang berdosa besar dalam agama Islam.
Di Sarawak hubungan yang baik antara umat Islam dan kaum yang beragama lain telah diamalkan sejak sekian lama. Dengan mengamalkan ajaran Islam sebenar, ia telah berjaya menjadi benteng untuk melindungi rakyat Sarawak khasnya.
Satu contoh kehidupan berlandaskan Islam sebenar dengan mengamalkan amalan corak hidup yang baik akan mendapat penghormatan daripada masyarakat bukan Islam yang lain di Sarawak. Dengan sendirinya dapat menepis Imej buruk pelampau atau pengganas yang sering menghantui masyarakat bukan Islam yang masih kabur dengan imej buruk pelampau dan pengganas berkenaan.
Maka diharuskan menjuruskan hubungan yang baik dalam masyarakat kerana ia begitu penting sekali untuk mengamalkan agama dengan baik dan jika hubungan baik tidak di amalkan maka perkara sebaliknya akan berlaku. Jelas sekali Islam tidak pernah merenggangkan hubungan dengan agama lain demi mewujudkan satu perpaduan dan kedamaian yang hakiki.
Tepis Imej Buruk Pelampau Atau Pengganas Dengan Mengamalkan Ajaran Islam Sebenar
Reviewed by Unknown
on
March 05, 2016
Rating:
No comments: