Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pakatan anti-Najib antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin pembangkang mengalami kegagalan sebaik sahaja ia dimulakan.
Ini adalah kerana idea pembaharuan pembangkang mempunyai perbezaan yang amat jauh dari idea asal Tun M mengenai perkara terbabit dan ketidaksepakatan diantara mereka mengenai butiran terperincinya.
Menurutnya dalam satu entri di blog peribadinya hari ini, keadaan terkini sudah cukup bagi menjamin kegagalannya sejak awal lagi, sama seperti yang telah dialami Pakatan Rakyat satu ketika dahulu.
Sebelum kita membuat keputusan mengikut adalah lebih wajar dalam meneliti dan memastikan dahulu apakah agenda pembaharuan mereka secara penuh, sebelum meminta rakyat menyokongnya.
Bagaimana pula dengan keadaan selepas itu? Adakah Tun M akan berkata ianya hanya bertujuan untuk menyingkirkan Najib agar Malaysia dapat diselamatkan. Menyelamatkan daripada apa? Mungkinkah yang beliau maksudkan ialah isu 1MDB, tetapi beliau tidak mahu menyebutnya kerana perkara itu sudah diselesaikan dan tidak lagi merupakan suatu
Mengulas lanjut mengenai kenyataannya di petik dari sebuah akhbar Nasional, mengenai kempen terbaru anti-Najib diketuai Dr Mahathir, yang mengeluarkan apa yang disebut sebagai Deklarasi Rakyat, untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan perdana menteri. "Malah, perkara berkaitan RM2.6 bilion juga sudah diselesaikan.
Jesteru, mereka perlu bersikap jujur dan tidak memperdaya rakyat serta sedar bahawa langkah mereka untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah gagal meskipun ini adalah hanya merupakan langkah untuk menyelamatkan air muka mereka.-Sarawakiana
Gerakan Anti-Najib Gagal Sebaik Dimulakan-Salleh
Reviewed by Unknown
on
March 05, 2016
Rating:
Bolih percaya kah dgn sikeruak ni?
ReplyDeleteApa pun aku tetap sokong Tun M