Seo Services

Seminggu Di Pawagam, Munafik Kini Kutip 4.3 Juta


Filem seram arahan Syamsul Yusof, Munafik berjaya mencatat kutipan RM4.3 juta malah dalam masa yang sama turut mendapat reaksi positif bukan sahaja dari penonton dan juga pengkritik filem.

Dalam pada itu, filem tersebut terus mendapat sambutan hangat penonton selepas seminggu berada di pawagam.

Hujung minggu lalu, Munafik berupaya menduduki tempat ketiga carta pecah panggung tempatan di belakang Gods of Egypt dan Zootopia.

Selain dirinya, filem yang berunsurkan keagamaan ini menampilkan bintang seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim dan A Galak.

Dianggap sebagai karya yang mengembalikan semula sentuhan berbisa Syamsul, Munafik juga mendapat perhatian ramai hasil hebahan mulut ke mulut peminat, selain video yang menyaksikan khalayaknya menonton filem itu sambil menutup mata di pawagam menjadi viral.


Seminggu Di Pawagam, Munafik Kini Kutip 4.3 Juta Seminggu Di Pawagam, Munafik Kini Kutip 4.3 Juta Reviewed by uMieySurianie on March 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.