SERIAN: Warga Emas yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu yang lalu ditemui telah meninggal dunia dalam kawasan hutan Kampung Selabi Sangkam disini hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Tagas Lanoi, 72 telah hilang selepas keluar dari rumah pada 19 Feb lalu untuk pergi ke rumah anaknya di Kampung Mantong, Serian tetapi belum kembali.
Difahamkan, beberapa orang penduduk kampung mendakwa terserempak dengan mangsa sebelum mangsa masuk kedalam hutan untuk mencari buah-buahan pada hari kejadian.
Menurut jurucakap bomba, pihaknya telah menjumpai mayat mangsa hari ini di jarak empat jam berjalan kaki dari lokasi terakhir beliau dilihat
Sehingga berita ini ditulis, pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian yang difahamkan merupakan kawasan bercerun dan berbatu sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Warga Emas Hilang Di Kampung Selabi Serian Dijumpai
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2016
Rating:

No comments: