Seo Services

Belum Ada Tangkapan Kes Bunuh Bill Kayong


KOTA SAMARAHAN - Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor hari ini berkata belum ada sebarang tangkapan berhubung kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong.

Katanya, siasatan masih diteruskan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Kita bekerja siang dan malam untuk menyiasat dan menyelesaikan kes berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 9/2016 sempena sambutan Aidilfitri di Summer Shopping Mall di sini hari ini.

Bill, 43 yang merupakan calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri Bekenu pada pilihan raya negeri Sarawak Mei lepas, ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Kuala Baram, Miri pada kira-kira jam 9.20 pagi 21 Jun lepas. - Bernama
Belum Ada Tangkapan Kes Bunuh Bill Kayong Belum Ada Tangkapan Kes Bunuh Bill Kayong Reviewed by Unknown on June 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.