Seo Services

Lelaki Bunuh Warga Emas Dihukum Gantung


MUAR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita warga emas dalam satu rompakan di Batu Pahat pada 22 November 2013.

Tertuduh, Zulkifli Mohamad, 37, didakwa membunuh Law Pow Ling dengan cara memukul kepala mangsa menggunakan sebatang kayu besbol.

Mengikut pertuduhan, Zulkifli didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai runcit di No 101, Jalan Jelawat, Taman Banang di Batu Pahat antara pukul 12.01 pagi hingga 8.30 pagi.

Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah untuk membebaskan tertuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi, manakala tertuduh diwakil peguam bela, P. Thirumalai. - UTUSAN ONLINE

Lelaki Bunuh Warga Emas Dihukum Gantung Lelaki Bunuh Warga Emas Dihukum Gantung Reviewed by uMieySurianie on June 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.