Seo Services

Jangan Kata Abang Tak Boleh Pakai 'Baju Kurung'


Dari fesyen baju Melayu 'tanpa baju' kepada koleksi jubah 'abang sado', kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pastinya diwarnai dengan 'keunikan' ketika berkunjung ke rumah-rumah terbuka.

Terbaharu menjelang beberapa hari lagi Aidilfitri, fesyen baju Melayu 'luar biasa' berkonsepkan ala 'baju Kurung' mencuri perhatian ramai pengguna Facebook, sejak semalam.

Koleksi baju yang didakwa untuk kaum lelaki yang menampilkan model lelaki memperagakan baju ala Kurta bersama kain tanpa corak telah dimuat naik di laman Facebook 'Nak Like Semata-Mata' pada Selasa.

Malangnya, fesyen 'terlampau kreatif' itu telah disifatkan oleh pengguna media sosial seolah seperti baju Kurung wanita, selain reaksi pelbagai dilontar terhadap rekaan baju tersebut.

Meskipun model yang memperagakan koleksi tersebut kelihatan tegak dan berbadan sasa, namun kombinasi baju labuh bercorak bersama kain itu tetap seperti mereka memakai baju wanita.

"Muka segak tapi pakai baju perempuan buat apa... Abang kalau nak pakai baju kurung raya ni pinjam daripada mak dengan kakak abang sahaja... jimat duit dr nk beli ni hah.. Tak mahu bazir-bazir," tulis pengguna Facebook, Nur Nadirah.

Malah, ada segelintir pengguna Facebook turut mempertikaikan kewajaran golongan lelaki memakai baju tersebut.

"Semakin pelik pula design baju raya lelaki sekarang.... Ada yang nak pakai ke macam tu punya baju....," tulis Mimi Hamasaki.

@Allah...apekehei ler baju sekarang ni semakin lama semakin merepek ni?! Takyah nak hipstur hipstur sangat lah ! Buat malu kat org je ! Hish..getik aku," tambah Opie Mogie.

Bagaimanapun sehingga ini tidak dapat dipastikan pereka kepada rekaan baju tersebut. Namun, jika anda rasa mahu kelihatan berlainan dan sememangnya mengidamkan untuk memakai baju 'Kurung', kenapa tidak! - MalaysianDigest
Jangan Kata Abang Tak Boleh Pakai 'Baju Kurung' Jangan Kata Abang Tak Boleh Pakai 'Baju Kurung' Reviewed by Unknown on June 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.