SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) menyeru Pengarah Syarikat agar membentangkan Penyata Kewangan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh enam bulan dari tarikh tahun kewangan syarikat mereka berakhir.
Perkara ini harus dipastikan oleh SSM selaku badan pendaftar dan pengawalselia korporat supaya salah satu aspek utama tadbir urus korporat yang baik (good corporate governance) dipatuhi setiap syarikat.
Menerusi kenyataan dikeluarkan SSM pada 3 Mei lalu, *tarikh akhir untuk menyerah simpan Penyata Tahunan & Penyata Kewangan bagi syarikat yang tahun kewangannya berakhir pada 31 Disember 2015 adalah 8 ogos 2016 bagi negeri-negeri dengan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
Manakala bagi negeri-negeri dengan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, tarikh akhir berbuat demikian di SSM adalah pada 7 Ogos 2016.
Kegagalan membuat serah simpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan adalah satu kesalahan bawah seksyen 165 dan 169 Akta Syarikat 1965 dan jika disabitkan, pengarah dan syarikat boleh dikenakan tindakan undang-undang. – MYNEWSHUB.CC
Wajib Serah Simpan Penyata Tahunan, Kewangan Di SSM
Reviewed by Unknown
on
June 29, 2016
Rating:
No comments: