KUCHING: Penganjuran acara petanque sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 di Kampung Santubong bulan depan bakal membuka peluang ekonomi dan mempromosi kampung nelayan tersebut sebagai destinasi pelancongan menarik.
Pembinaan Kompleks Sukan Petanque Negeri Sarawak di kampung tersebut juga akan menjadikannya sebagai tumpuan ramai bukan sahaja untuk bersukan malah melancong bersama keluarga.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Tele-komunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi, masyarakat setempat perlu merebut peluang untuk melibatkan diri secara langsung dengan sebarang aktiviti termasuk ekonomi dan pelancongan sempena penganjuran acara berkenaan.
"Kita perlu melihat apa bidang yang perlu diceburi sama ada ekonomi atau pelancongan. Selain itu, kita (penduduk setempat) harus menunjukkan kemesraan kepada tetamu yang datang terutama kontinjen bertanding," katanya.
Malah ujarnya, berkemungkin kerjasama akan dijalinkan dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menyelenggara gerai jualan agar lebih teratur dan sistematik termasuk produk.
Beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana membina kompleks petanque di Pantai Damai dan sudah pasti ia akan menjadi mercu tanda dan daya tarikan kepada orang luar untuk berkunjung ke Kampung Santubong.
"Sudah pasti sektor pelancongan di kampung ini (Santubong) akan terus berkembang," ujarnya.
Dr Abdul Rahman turut berharap kontinjen Sarawak dapat meraih banyak pingat dalam acara petanque nanti. -Sarawakiana.
Acara Petanque Buka Peluang Ekonomi Dan Promosi Kampung Santubong
Reviewed by Unknown
on
June 29, 2016
Rating:
No comments: