Seo Services

Sikap Pengguna Jalanraya Jejaskan Operasi Menyelamat

KOTA SAMARAHAN: Sikap mementingkan diri sendiri pengguna jalanraya menyebabkan kebanyakan operasi menyelamat mangsa kemalangan terjejas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata operasi menyelamat nyawa mangsa kemalangan jalanraya terjejas teruk akibat sikap pengguna jalanraya yang mengguna lorong kecemasan ketika memandu.

"Apa yang berlaku melalui video kemalangan jalanraya yang menjadi viral di media sosial menunjukkan perjalanan sebuah kenderaan penyelamat tersekat dan terjejas apabila pengguna jalanraya memasuki lorong kecemasan menyebabkan mangsa kemalangan tidak dapat diselamatkan.

"Saya mengharapkan perkara tersebut tidak akan berlaku pada tahun ini dan juga tidak akan berlaku di Sarawak," katanya.

Mazlan bercakap pada sidang media selepas melancarkan OP Selamat 9/2016 Sempena Hari Raya Aidilfitri di pusat membeli belah Summer Mall Samarahan sebentar tadi. - Sarawakiana
Sikap Pengguna Jalanraya Jejaskan Operasi Menyelamat Sikap Pengguna Jalanraya Jejaskan Operasi Menyelamat Reviewed by Admin on June 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.