KOTA SAMARAHAN : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menekankan keselamatan dan kepentingan harta benda awam dan rumah yang ditinggalkan ketika musim perayaan pada 'OP Selamat 2016.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansur berkata demikian ketika berucap merasmikan OP Selamat 9/2016 Sempena Hari Raya di pusat membeli-belah Summer Mall di sini pagi tadi.
Menurutnya, PDRM akan meluaskan objektif OP Selamat sebagai serampang dua mata iaitu untuk mencegah jenayah pecah rumah serta meminimumkan kemalangan jalanraya ketika perayaan.
"Untuk tujuan itu hampir separuh kekuatan warga pasukan dan semua jabatan PDRM di peringkat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) di seluruh Sarawak digerakkan bagi tujuan rondaan pencegahan jenayah, risikan operasi, pemantauan secara berjadual di kawasan kediaman dan premis perniagaan sepanjang tempoh perayaan ini," katanya.
"Dalam masa yang sama masyarakat perlu prihatin terhadap langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah masing-masing termasuk meninggalkan pesanan kepada jiran tetangga," ujarnya.
Mazlan turut menyatakan masyarakat perlu memberi makluman kepada pihak polis melalui borang maklumat balik kampung yang boleh diperolehi di balai-balai polis yang berdekatan dan juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi PDRM atau melalui sistem SMS Rakan Cop.
Turut hadir ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Pengurusan pusat membeli-belah Summer Mall dan Ketua-Ketua masyarakat sekitar Kota Samarahan . - Sarawakiana
Polis Lancarkan Operasi Serampang Dua Mata Musim Perayaan
Reviewed by Admin
on
June 29, 2016
Rating:
No comments: