Seo Services

Tiada Laporan Kecederaan Rakyat Malaysia Dalam Serangan Di Turki - PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada sebarang laporan kecederaan melibatkan rakyat Malaysia dalam serangan keganasan maut di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.

"Setakat ini, tidak ada sebarang laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia tetapi Kementerian Luar akan terus memantau keadaan dengan teliti," katanya dalam posting di Facebook, Rabu.

Najib melahirkan rasa terkejut dan mengutuk pengeboman itu yang berlaku awal pagi ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 36 orang mati dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Beliau berkata, serangan terbaru itu menjadi satu lagi peringatan untuk kerjasama perisikan global dalam usaha memerangi keganasan.

"Malaysia sangat prihatin dan bersedia untuk bersatu dengan semua negara dalam memerangi musuh nombor satu keganasan.

"Saya menggesa negara-negara Islam untuk bersatu dan meningkatkan kerjasama, terutama dalam mengutuk dan memerangi tindakan keganasan oleh mereka yang menggunakan nama Islam," katanya.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di talian + (90) 312-4.463.547 atau + (90) 312-4.463.548. - Mstar
Tiada Laporan Kecederaan Rakyat Malaysia Dalam Serangan Di Turki - PM Tiada Laporan Kecederaan Rakyat Malaysia Dalam Serangan Di Turki - PM Reviewed by Unknown on June 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.