SELANGOR : Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar menyaksikan kemenangan besar berpihak kepada Barisan Nasional.
Calon BN Budiman Zohdi menewaskan calon PAS dan PAN dengan mendapat undi sebanyak 16,800 undi. Calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat jumlah undi sebanyak 5,684 undi manakala calon PAN Azhar Abdul Shukur pula mendapat 7,609 undi.
Dengan kemenangan ini, Budiman telah mendapat majoriti undi yang besar dengan jumlah 9,191 undi.
Keputusan rasmi telah diumumkan oleh Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya pada jam 9 malam tadi. - Sarawakiana
BN Menang Majoriti 9,191 Di Sungai Besar
Reviewed by Unknown
on
June 18, 2016
Rating:
No comments: