KUCHING: Masih terlalu awal untuk membuat keputusan memilih
Teah Dennis untuk mengisi slot pemain import keempat Sarawak meskipun
pertahanan dari Liberia itu mempamerkan aksi menarik.
Dalam perlawanan persahabatan sesama pemain di Stadium
Negeri sebelum ini, pemain berkenaan berjaya mencuri tumpuan manakala prestasi
dua lagi calon Alexandru Cordos dari Romania dan Vladimir Otasevic (Serbia)
kurang memberangsangkan.
Biarpun pengendali sementara Sarawak, David Usop mengakui
tertarik dengan aksi Teah namun beliau tetap enggan terburu-buru untuk memilih
pemain.
“Saya belum lagi membuat keputusan, walaupun ketika ini dia
(Teah) menunjukkan aksi yag memberangsangkan,” katanya.
Menurutnya lagi, dua atau tiga lagi calon pemain baharu
turut dinilai dalam dua aksi persahabatan di Semenanjung hujung minggu ini.
“Beberapa calon import baharu akan bersama kita untuk dua
aksi persahabatan menentang Selangor PKNS (25 Jun) dan Kuala Lumpur (28 Jun).
“Dari perlawanan persahabatan ini saya akan menilai Teah
sekali lagi dan beberapa pemain lain,” ujarnya.
Jendela perpindahan untuk Liga Malaysia 2016 bermula hari
ini dan berakhir 19 Julai. – Sarawakiana.
Masih telalu awal untuk membuat keputusan
Reviewed by Unknown
on
June 20, 2016
Rating:
No comments: