KUCHING: Sarawak sekadar melakar keputusan seri 2-2 menentang pasukan Liga Premier, Kuala Lumpur yang aksi persahabatan yang berlangsung malam tadi.
Dalam perlawanan tersebut, pengendali sementara Sarawak, David Usop menurunkan beberapa pemain muda bersama Gilma Filho dan Ndumba Makeche bagi memperkasa serangan.
Bermula perlawanan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan anak buah David hampir memecah kebuntuan namun percubaan Gilmar sedikit tersasar.
Selang beberapa minit kemudian, Gilmar sekali lagi mendapat peluang namun pemain import tersebut gagal memanfaatkan peluang terhidang.
Selepas itu, perlawanan lebih banyak didominasi pasukan Kuala Lumpur dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-20.
Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bermain lebih berhati-hati namun kali ini Gilmar tidak mensia-siakan peluang dan berjaya menaringkan gol pada minit ke-65.
Kealpaan benteng pertahanan Sarawak sekali lagi dihukum pasukan Kuala Lumpur dengan jaringan kedua menerusi sepakan percuma.
Pemain import dari Timpor Lester Junior Aparecido muncul wira Sarawak apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas mengelecek beberapa pemain pasukan Kuala Lumpur. - Sarawakiana.
Sarawak Sekadar Seri Menentang Kuala Lumpur
Reviewed by Unknown
on
June 29, 2016
Rating:
No comments: