Seo Services

Syor Wajibkan Kanak-kanak Diberi Suntikan Vaksin - Rohani


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan suntikan vaksin diwajibkan kepada semua kanak-kanak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata menjadi tanggungjawab kementerian memberi perhatian serius terhadap soal kesihatan kanak-kanak di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, keengganan sesetengah ibu bapa mendapatkan suntikan vaksin kepada kanak-kanak menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai penyakit merbahaya.

"Kementerian juga sudah mengeluarkan arahan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak di taska supaya mengambil suntikan vaksin bagi mengelakkan lebih banyak masalah kesihatan berlaku di masa depan.

"Bagi ibu bapa yang meragui kesahihan status halal vaksin, mereka diminta merujuk kepada majlis fatwa dan sekurang-kurangnya perlu ada usaha daripada terus menolaknya," katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada pesakit Institut Jantung Negara (IJN), di sini, malam ini.

Terdahulu tujuh pesakit jantung yang dirawat di IJN menerima sumbangan berbentuk barangan dan duit raya.

Rohani berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban pesakit dalam persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Turut hadir, Ketua Cawangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur, Abd Hakin Ishak dan Setiausaha Eksekutif Persatuan Anak Sarawak Semenanjung, Amirin Arsyan. - BH
Syor Wajibkan Kanak-kanak Diberi Suntikan Vaksin - Rohani Syor Wajibkan Kanak-kanak Diberi Suntikan Vaksin - Rohani  Reviewed by uMieySurianie on June 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.