KUCHING: Sematan dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Koperasi
Negara (HKN) Peringkat Negeri pada tahun ini yang berlangsung pada 29 hingga 31
Julai.
Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri pada tahun ini akan
berlangsung pada 29 hingga 31 Julai dengan Sematan sebagai tuan rumah.
“Sematan merupakan destinasi berpotensi dan mempunyai kekuatan untuk
dieksploitasi selain mempromosinya sebagai pusat pelancongan di Sarawak,” kata
Menteri Muda Pembangunan Keusahawanan Datuk Mohd Naroden Majais.
“Majlis perasmian HKM disempurnaan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan
Sri Adenan Satem pada 30 Julai dan kita menjangkan ia bakal dikunjungi oleh tidak kurang 3,000 orang pada majlis
berkenaan.
“Pada HKN kali ini dianggarkan lebih 400 ‘booth’ terlibat iaitu lebih 30
koperasi sendiri sementara kebanyakannya adalah usahawan kerana ia tujuan utama
kita, iaitu mempromosikan produk usahawan di negeri ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian
prapelancaran HKN Peringkat Negeri dan mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat
Negeri (MPKN) yang dihadiri Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Sarawak Osman Ismail dan Pegawai Daerah Lundu Hamsein Attar di sini, semalam.
Menurut Naroden juga pengerusi MPKN, HKN berkenaan diadakan serentak
dengan Pesta Sematan yang bakal merancakkan lagi jaringan kerjasama antara
usahawan dan koperasi terlibat sepanjang acara tiga hari itu.
Selain itu antara objektif HKN katanya, untuk menampilkan koperasi yang
berjaya sama ada dari Sarawak, Semenanjung Malaysia atau Sabah selain mempromosikan
produk dan mewujudkan pemasaran.
Bertemakan ‘Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu’ HKN kali ini merupakan
gabungan konsep sambutan Hari Koperasi Negara, ‘Berambeh’ sempena sambutan
Aidilfitri, Hari Kemerdekaan Sarawak dan Pesta Sematan. –theborneopost
Sematan, Tuan Rumah Sambutan hari Koperasi Negara (HKN) 2016
Reviewed by Azmin
on
June 29, 2016
Rating:
No comments: