Perjalanan sebuah kehidupan memang penuh dengan dugaan yang mencabar. Bagi yang mempunyai keutuhan prinsip tidak mengenal erti kalah memungkinkan seseorang itu akan berjaya mencapai kejayaan. Jelas terbukti insan yang tidak putus asa akan bertindak berusaha tanpa mengenal penat lelah dan terus bangkit dari rebah.
Seluruh dunia mengenal Kolonel Slander yang berjaya dengan rangkaian perniagaan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC). Kolonel Slander telah kematian bapanya pada usia 5 tahun. berbagai dugaan beliau hadapi sejak dari umur tersebut disamping kemiskinan menyelubungi keluarga beliau.
Pada usia 16 tahun beliau berhenti bersekolah dan bekerja dipelbagai sektor sebagai buruh kasar. Namun dugaan demidugaan beliau hadapi sehingga kehilangan 4 pekerjaan dalam usia 17 tahun. Pada usia 18 tahun beliau mendirikan rumahtangga. Diantara umur 18 hingga 22 tahun, beliau bekerja sebagai konduktor stesen keretapi dan menemui kegagalan.
Dalam usia 19 tahun isteri beliau telah melahirkan seorang anak namun pada usia 20 tahun isteri beliau telahmeninggalkan beliau serta membawa anak beliau lari. Beliau pernah didakwa atas cubaan menculik anak beliau sendiri. Beliau terus meneruskan kehidupan sebagai tukang masak dan pencuci pinggan di sebuahkedai makan yang kecil.
Selepas itu beliau memasuki pekerjaan sebagai tentera namun beliau menemui kegagalan. Beliau turut memohon untuk memasuki pendidikan undang-undang dan ditolak oleh pihak institusi pendidikan. Beliau terlalu kecewa namun beliau tetap gagah dengan menjadi penjual insuran.
Kegagalan demi kegagalan beliau tempohi dan beliau bersara pada usia 65 tahun serta kerajaan telah memberi cek bernilai $105. Malah pihak kerajaan pernahmengeluar kenyataan bahawa beliau tidak akan berjaya dalam hidup dan kenyataan tersebut pernah membuat beliau untuk membunuh diri.
Semasa hendak membunuh diri, beliau telah berfikir terlebih dahulu dan bertanya pada diri sendiri apa pekerjaan yang beliau belum pernah buat. beliau menemui jawapan dan kembali ke rumah. Beliau mengeluarkan $88 dari cek tersebut dan mencuba membuat resepi tersendiri menghasilkan ayam goreng yang lazat.
Dengan modal yang kecil beliau telah menghasilkan ayam goreng dan menjual dari pintu ke pintu kepada komuniti berhampiran. Sejak dari hari tersebut, ayam goreng beliau mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Tahun demi tahun berlalu dan perniagaan ayam goreng beliau semakin berkembang. Pada usia 88 tahun beliau telah menjadi usahawan yang berjaya dan menjadi Bilionaire dan sehingga kini produk ayam goreng Kolonel Slander erus mendapat sambutan ramai seluruh dunia dengan jenama Kentucky Fried Chicken (KFC).
Kisah Kolonel Slander boleh dijadikan ikhtibar masyarakat Malaysia untuk tidak mengenal erti kegagalan kerana KFC telah menjadi sebahagian makanan masyarakat Malaysia. Justeru menerusi pengalaman Kolonel Slander bahawa usia bukan penghalang untuk berjaya walaupun usia yang semakin lanjut tua.- Sarawakiana
Usia Bukan Penghalang Sebuah Kejayaan
Reviewed by Unknown
on
June 23, 2016
Rating:
No comments: