Seo Services

Wanita OKU Ditemui Mati Di Pending


KUCHING: Seorang wanita berusia 52 tahun ditemui mati dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan kedai di Pending dekat sini semalam.

Difahamkan wanita berkenaan dikenali sebagai Jong dan merupakan orang kelainan upaya (OKU) kerana mempunyai masalah mental telah terjatuh dari tingkat dua bangunan berkenaan.

Mangsa yang sudah lebih 20 tahun memegang kad pengenalan OKU berkenaan dikatakan sering berlegar-legar dikawasan bangunan terbabit.

Menurut seorang pekerja di kawasan tapak pembinaan bangunan tersebut, mereka sering melihat mangsa datang dan pernah menasihatkannya agar berhati-hati kerana mangsa mengalami masalah mental.

Sepasukan anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuching DSP Lim Bhak Phai.

“Dipercayai mangsa terjatuh dari tingkat dua bangunan berkenaan kerana didapati hanya di aras tersebut sahaja terdapat bahagian yang tidak bercermin.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut pihak polis di tempat kejadian masih dijalankan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.-Sarawakiana
Wanita OKU Ditemui Mati Di Pending Wanita OKU Ditemui Mati Di Pending Reviewed by Unknown on June 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.