PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan AsEAN mempersetujui Deklarasi ASEAN mengenai zika untuk memerangi wabak itu secara bersepadu dan bersama.
Kata putus juga dicapai untuk bekerjasama dan mengambil langkah kesiapsiagaan serta tindak balas terhadap virus berkenaan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam, berkata deklarasi itu dipersetujui pada persidangan video khas Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN, Isnin lalu.
"Ketika sidang video, semua Menteri Kesihatan ASEAN berkongsi situasi di negara masing-masing dan langkah diambil oeh setiap negara untuk menangani wabak itu.
"Kami juga bersetuju menjalankan penyelidikan dan perkongsian pengetahuan baharu serta amalan terbaik berkaitan virus zika selain mengambil langkah sesuai membuat penilaian dan mengurus risiko dengan melaksanakan kawalan vektor," katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.
Dr Subramaniam berkata, kes jangkitan zika yang disahkan di Malysia kekal enam.
Adakan perjumpaan
Beliau mengesahkan Kementerian Kesihatan akan mengadakan perjumpaan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 28 September ini berhubung isu pengguguran kandungan bagi ibu yang dijangkiti virus zika.
Katanya, lima daripada enam kes zika dilaporkan di negara ini menyamai zika di Singapura yang disahkan berbeza dengan Amerika Selatan, manakala satu kes masih dalam kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Walaupun jenis virus berbeza dengan Amerika Selatan, masih belum dapat dipastikan sama ada ia boleh menyebabkan sindrom mikricephali atau sebaliknya," katanya.
Mengulas lanjut isu sama, beliau berkata, Kabinet semalam memutuskan gotong royong besar-besaran akan diadakan di seluruh negara membabitkan semua agensi kerajaan diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang akan menyelaras tugas setiap agensi dalam usaha memerangi penularan virus zika. BH
ASEAN Sepakat Perangi Zika Peringkat Serantau
Reviewed by Azmin
on
September 22, 2016
Rating:

No comments: