SEPANG: Lebih 1,000 peminat sukan tanah air menantikan ketibaan kumpulan kontinjen negara yang beraksi cemerlang di Sukan Paralimpik Rio.
Kontinjen negara seramai 21 atlet itu yang mencipta kejayaan luar biasa apabila merangkul tiga pingat emas dan satu gangsa tiba di Terminal C Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.05 petang.
Kontinjen negara yang menggunakan pesawat Emirates Airlines turut diberi sambutan 'water salute' sebelum dibawa ke Kompleks Bunga Raya.
Sambutan Wira Emas' itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Semua peminat yang hadir bersemangat menanti kepulangan wira negara yang mengharumkan nama Malaysia di pentas Paralimpik Rio 2016 turut disajikan dengan klip video persembahan negara di Rio.
Kontinjen negara akan bertolak menaiki bas bagi meneruskan perarakan di Jalan Tun Razak yang dijangka tiba pada pukul 5.30 petang sebelum bas teraebut berhenti di KLCC dan Pavilion.
Pingat emas negara diperoleh menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
Abdul Latif Romly pula acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dan gangsa menerusi Siti Noor Radiah Ismail acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran). - BH
Wira, Wirawati Paralimpik Rio Disambut 1,000 Penyokong
Reviewed by uMieySurianie
on
September 22, 2016
Rating:

No comments: