Seo Services

Bayi Dengan 31 Jari Jalani Pembedahan


BEIJING: Seorang bayi berusia enam bulan yang dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 jari kaki di Ningbo akan menjalani pembedahan untuk membuang jari berlebihan itu.

Secara keseluruhannya, bayi dikenali sebagai Yuanyuan mempunyai 31 jari selain dilahirkan tanpa ibu jari pada tangan dan kakinya, lapor People’s Daily Online.

Semua jarinya tidak simetri, bererti ia perlu dibentuk semula.

Doktor kini dalam proses membuang jari berlebihannya dan membentuk jari yang tinggal dalam pembedahan yang perlu dilakukan dalam tiga peringkat.

Menurut laporan, ibu Yuanyuan juga dilahirkan dengan jari berlebihan, iaitu enam pada setiap tangan serta kaki.

Proses pembedahan dijangka panjang dengan tempoh lama diperlukan untuk pulih.

Disebabkan kos rawatan yang terlalu mahal, hospital berkenaan bermurah hati mengurangkannya untuk keluarga itu.

Yuanyuan dijangka sempat pulih sepenuhnya sebelum dia mula bersekolah.

Ini bukan kes pertama seumpamanya di China. Mei lalu, seorang lagi bayi dinamakan Honghong dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 pada kakinya. Honghong juga mempunyai dua tapak pada setiap tangan tanpa ibu jari. - Agensi
Bayi Dengan 31 Jari Jalani Pembedahan Bayi Dengan 31 Jari Jalani Pembedahan Reviewed by Unknown on September 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.