Seo Services

Jenazah Tidak Diterima Kain Kafan


Kisah ini berdasarkan penceritaan seorang yang berkhidmat menguruskan jenazah yang berpengalaman dari mula hingga ke saat jenazah dikuburkan. Nama dan lokasi terpaksa dirahsiakan demi menjaga maruah ahli keluarga jenazah daripada di aibkan.

Kisah ini berlaku beberapa tahun dahulu di sebuah perkampungan di Sarawak. Man Kapok (Bukan nama sebenar) menceritakan pengalaman pelik ketika mengurus jenazah dan ia sehingga ke hari ini tetap mekar dalam lipatan memori beliau. Beliau pernah mengurus jenazah yang mengalami kematian yang berbeza-beza. Ada jenazah yang mati akibat kemalangan, bunuh diri, terbakar dan sebagainya.

Tetapi yang menjadi ingatan beliau sehingga kini ialah ketika beliau mengurus jenazah insan yang boleh dikatakan berada dan mewah. Kejadian itu adalah pengalaman pertama beliau dan ia begitu menakutkan serta memberi begitu banyak hikmah kepada beliau.

Waktu beliau sedang santai di rumah, tiba-tiba beliau didatangi oleh anak muda untuk meminta beliau pergi ke rumah dan mengurus jenazah ayahnya. Beliau pun mengikuti anak muda tersebut dan ketika beliau tiba dipintu utama, beliau menghidu bau yang terlalu busuk datang dari jenazah tersebut. Walaupun beliau telah mengurus puluhan jenazah, inilah kali pertama beliau mencium jenazah yang begitu busuk sehingga perut beliau terasa mual.

Beliau cekalkan hati merapati jenazah tersebut dan membuka kain yang menutupi bahagian muka jenazah. Beliau melihat wajah jenazah kelihatan seperti orang yang memiliki berbagai masalah. Ringkasnya wajah yang tiada mempunyai ketenangan. Kebetulan dua orang lelaki yang pernah mengikuti kursus pengurusan jenazah turut berada di situ.

Beliau meminta pertolongan kedua lelaki berkenaan untuk memandikan jenazah tersebut. Ketika memandikan jenazah, perkara yang perlu dilakukan adalah mengangkat sedikit tubuh jenazah dan mengurut perut jenazah agar sisa najis keluar dari dari dubur. Yang menghairankan, ketika mengurut perut jenazah, sisa najis keluar daripada mulut sedangkan jenazah diangkat tubuhnya. Ia berulang kedua kali keluar dari mulut dan yang peliknya ketika beliau mengurut untuk kali ketiga, keluar najis serta ulat-ulat yang besar dari mulut.

Beliau menasihati semua yang berada di situ agar tidak menceritakan kepada orang lain. Beliau mengarahkan agar jenazah yang sudah selesai dimandikan dibawa ke kamar untuk dikafankan. Beliau berpesan supaya tiada orang lain boleh masuk ke kamar melainkan waris jenazah sahaja. Beliau dan waris jenazah melakukan proses seterusnya kerana kain kapan telah disiapkan mengikut saiz sepatutnya.

Ketika hendak membalut jenazah dengan kain kapan, sesuatu yang aneh berlaku apabila kain kapan tersebut tidak cukup untuk membaluti tubuhjenazah berkenaan sedangkan selama ini tidak pernah berlaku kesilapan dalam sukatan jenazah. Kain kapan tersebut akan menampak kepala bila hujung kaki di tutup dan jika ditarik ke kepala, kain kapan akan menampakkan bahagian kaki pula. Maka beliau sukar untuk mengikat hujunga kedua bahagian kepala dan kaki jenazah tersebut.

Beliau pun berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan. Beliau berkata kepada ahli keluarga jenazah bahawa beliau berkemungkinan tersilap sukat kain kapan dan beliau mengambil kain lain untuk menyambung kain kafan tersebut agar jenazah tersebut dapat diikat hujung kepala dan kakinya. Maka terjadilah kain kafan yang sambung menyambung rupanya.

Selesai semua urusan, tiba saat hendak membawa jenazah ke kuburan. Berlaku apabila semua tiada kenderaan digunakan walaupun van jenazah. Seorang jemaah yang hadir ingin menghulurkan bantuan dengan membawa jenazah menggunakan keretanya. Lelaki berkenaan balik mengambil kenderaan tetapi sesampai di rumah jenazah isteri empunya kereta mengatakan tidak mengizinkan kereta tersebut diguna untuk membawa jenazah kerana semasa hayat jenazah tidak pernah menumpangkan mereka.

Maka tidak jadi kenderaan tersebut digunakan dan akhirnya salah seorang jurumandi tadi meminta izin untuk membawa kenderaan beliau tetapi beliau meminta diberi masa untuk membawa kenderaan tersebut. Setiba di rumah jenazah, kenderaan yang sebenarnya adalah sebuah lori kelihatan basah kerana pemilik sebelum itu mencuci kenderaan itu memandangkan ia sebenarnya lori mengangkut ayam.

Begitulah kejadian pelik satu persatu berlaku sehingga menurunkan jenazah ke liang kubur. Berlaku liang kubur dipenuhi air yang busuk ketika jenazah diturunkan dan waris jenazah terpaksa mengurus dengan secepat mungkin. Akhirnya liang kubur tersebut ditimbus tetapi kejadian pelik berlaku kerana timbusan tanah seolah-olah tidak dapat menutup kubur tersebut. Keadaan tanah seolah diserap oleh air dan membentuk seperti sebuah lubang.

Ketika beliau membaca talqin, kelihatan tanah tersebut semakin meresap dan membentuk lubang yang besar dan beliau terpaksa tidak meneruskan bacaan talkin dan digantikan dengan doa tahlil sahaja. Seumur hidup beliau, inilah kali pertama jenazah tidak dibaca talqin. Selesai semua urusan beliau bertanyakepada isteri jenazah apakah almarhum pernah membuat sesuatu yang menyalahi hukum Islam. Isteri almarhum tidak mahu bercerita mungkin malu untuk bercerita.

Inilah peristiwa yang pernah beliau alami sehingga kini ia memberi pengajaran kepada beliau kerana ada perkara yang menyalahi dalam Islam akan menampakkan hukumnya ketika masih di alam dunia lagi dan Allah SWT lebih mengetahui segala-galanya. Beliau menasihati agar sebagai umat Islam, jauhilah segala perbuatan yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar kerana setiap perkara yang tidak baik berlaku pasti akan ada balasan dari Allah SWT.-Sarawakiana
Jenazah Tidak Diterima Kain Kafan Jenazah Tidak Diterima Kain Kafan Reviewed by Unknown on September 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.