KUALA LUMPUR: Wira paralimpik negara disambut meriah sejurus tiba di Kompleks Sukan Paralimpik dekat Kampung Pandan, di sini, sebentar tadi.
Kontinjen seramai 21 atlet itu tiba di Terminal C Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3.05 petang sebelum singgah di beberapa lokasi dan berakhir di sini pada jam 7.25 malam.
Mereka disambut kira-kira 500 peminat, barisan atlet paralimpik dan pegawai di kompleks berkenaan sebelum menyertai majlis doa selamat selepas solat maghrib.
Di KLIA, kontinjen diberi sambutan 'water salute' sebelum dibawa ke Kompleks Bunga Raya.
'Sambutan Wira Emas' itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pingat emas negara diperoleh menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
Abdul Latif Romly pula menerusi acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dan gangsa menerusi Siti Noor Radiah Ismail acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran). - BH
Sambutan Wira Emas terus meriah di Kampung Pandan
Reviewed by uMieySurianie
on
September 22, 2016
Rating:

No comments: