Seo Services

Gadis Tak Mahu Anak, Minta Dimandulkan



AUSTRALIA: Dua orang wanita menganggap menjadi ibu adalah 'mimpi ngeri' dan membuat keputusan berjumpa doktor untuk dimandulkan (sterelised).

Namun tiada seorang doktor pun mahu melayan permintaan mereka dan melakukan prosedur tersebut.

Menurut laporan Dailymail, Dayna Foote, 19, dan Laura Hosemans, 18 diberitahu oleh doktor bahawa mereka mungkin akan 'berubah fikiran' pada masa akan datang.

Ketika ditemuramah, Dayna mendakwa dirinya 'akan menjadi seorang ibu yang teruk'.

"Saya tak 'enjoy' bersama kanak-kanak. Memiliki anak juga adalah 'teruk untuk persekitaran'," kata Dayna.

Dayna mengaku ramai orang mengecam pendapat dan pilihannya tetapi dia mendakwa disokong oleh teman lelakinya yang juga tidak mahukan anak.

Dia yang merupakan pelajar kejuruteraan angkasa mengatakan sanggup untuk keluar dari Australia untuk mencari doktor yang mampu menunaikan permintaannya. - SH
Gadis Tak Mahu Anak, Minta Dimandulkan Gadis Tak Mahu Anak, Minta Dimandulkan Reviewed by uMieySurianie on November 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.