Seo Services

Aram Ngupi : Patutlah PM Sering Kena Serang

'8 Cup Cafe' Samarahan salah satu lokasi menarik untuk bersarapan. Kopi 'O' panas kurang manis menjadi pembuka selera sarapan.

Menarik kombinasi warna kedai milik Bumiputera ini kerana berani menggabungkan warna Jingga Terang bersama warna Hitam untuk mengangkat perhatian pelanggan.

Topik menarik yang diperkatakan pagi ialah berkenaan PM Najib yang sering diserang oleh pembangkang terutama DAP. Seronok penulis mendengar bila ada yang mula sedar betapa tindakan Najib hendak memperkasakan usahawan Melayu dan Bumiputera menjadi pemyebab beliau diserang.

Mana tidaknya menurut pandangan mereka, Najib lebih mengutamakan Bumiputera dalam segala hal projek mega seperti projek Lebuhraya Pan Borneo. Dari kelas 'A' hingga 'Sub ke Sub' terus ke kelas 'F' syarikat Bumiputera diberi keutamaan tanpa adanya 'Ali Baba'.

Buktinya Najib sendiri yang memberi gran projek kepada syarikat-syarikat kecil yang dimiliki oleh kaum Bidayuh, Iban, dan sebagainya ketika hadir ke perasmian projek tersebut.

Najib mengumumkan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa agenda memperkasakan Bumiputera dalam bidang ekonomi mendapat sokongan kerajaan 100 peratus bagi memperbanyakkan usahawan Bumiputera sehingga 50 peratus untuk menyamai jumlah usahawan bukan Bumiputera.-Sarawakiana
Aram Ngupi : Patutlah PM Sering Kena Serang Aram Ngupi : Patutlah PM Sering Kena Serang Reviewed by Unknown on December 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.