Seo Services

S’wak Kekal Pendirian Tidak Praktik Hukum Hudud, kata Fadillah

RASMI: Fadilah bersama Fazzrudin, Hasidah dan Haris ketika merakamkan gambar kenangan sebelum memulakan larian amal Petra Jaya Fun Run 1.0 di Kuching semalam.
KUCHING: Kerajaan negeri tetap berpegang pada pendirian untuk tidak memperkenalkan hukum hudud di negeri ini meskipun jika ia sah dilaksana di Malaysia.

Malah isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 turut mendapat perhatian setiap masyarakat terutama golongan Islam.

Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusuf berkata kerajaan mengambil alih akta tersebut.

“Usul berhubung Akta 355 sudah dibentang dalam parlimen, namun tiada keputusan dibuat, termasuk konvensyen UMNO baru-baru ini.

“Kalau ia (Akta 355) diperkenal, ia tetap tidak dilaksana melainkan telah melalui proses rundingan semua pihak berkaitan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program larian amal Petra Jaya Fun Run 1.0 di pekarangan Masja dekat sini semalam.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata kerajaan memberi jaminan bahawa isu membabitkan Akta 355 itu tidak akan menjejaskan orang bukan Islam.

Menurutnya, akta tersebut diperuntuk kepada orang Islam, dan bukan Islam hanya boleh didakwa mengikut bidang kuasa Mahkamah Sivil.

“Jadi sekarang, kita hanya tunggu dan lihat apa yang akan dilaksanakan, namun apa yang pasti, pegangan Sarawak amat jelas, terutama jika hudud dilaksana, ia tidak akan diguna pakai di negeri ini.

“Tetapi jika untuk tujuan penambahbaikan di Kelantan, itu persoalan mereka dan kita tidak akan campur tangan,” katanya.

Beliau menegaskan, apa sahaja isu bercanggah dengan perlembagaan, pendirian Sarawak tetapi satu iaitu tidak bersetuju.

Fadillah berkata segala perincian akta tersebut perlu dilihat secara mendalam sebelum ia didrafkan dan dibentangkan.

Dalam perkembangan lain, Fadillah turut menyempurnakan pelepasan peserta larian yang pertama kali diadakan di kawasan Masja.

Kira-kira 1,500 orang hadir bagi menyertai program larian amal yang dimulakan seawal jam 7 pagi itu.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Harris Ishak. - UB
S’wak Kekal Pendirian Tidak Praktik Hukum Hudud, kata Fadillah S’wak Kekal Pendirian Tidak Praktik Hukum Hudud, kata Fadillah Reviewed by Azmin on December 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.