Seo Services

Batang Besi 6 Kaki 'Masuk' Tubuh


SEORANG pekerja lelaki sebuah syarikat pembinaan di China terselamat dari maut selepas rod konduktor kilat sepanjang 6 kaki tertusuk tubuhnya dari paras bahu ke pinggang.

Menurut laman tempatan negara itu, kejadian tersebut berlaku di bandar Huizhou pada 29 November lalu.

Mangsa berusia 28 tahun dikenali sebagai A Feng dikhabarkan menjadi mangsa sebatang rod konduktor kilat yang dipasang pada tingkat tujuh bangunan dalam pembinaan di bandar itu terjatuh lalu tertusuk pada badannya.

Tambah laman itu lagi, meskipun mengalami kecederaan, namun A Feng masih dalam keadaan sedar dan boleh bercakap ketika dia dikejarkan ke Hospital Utama Huizhou.

Menurut ketua pembedahan kardiotorasik hospital itu, Dr Yang Wendong, pihaknya tidak dapat memindahkan pesakit ke katil pembedahan kerana rod berkenaan terlalu panjang lalu meminta bantuan pihak bomba untuk memotongnya menjadi 3 kaki sebelum memulakan operasi pembedahan.

Imbasan X-ray dilakukan ke atas A Feng dan mendapati rod besi itu telah mengenai beberapa organ dalamannya seperti perut, paru-paru, hati dan buah pinggangnya.

Dr Yang memutuskan untuk mengeluarkan rod dari bahu lelaki itu dengan hanya menariknya keluar.

Penyingkiran sebenar objek hanya mengambil masa dua hingga tiga minit. Namun pasukan pakar bedah kemudiannya perlu memberi tumpuan kepada memperbaiki organ-organ yang tercedera.

Keseluruhan operasi mengambil masa dua jam.

Tambah doktor itu agi, A Feng berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami sedikit jangkitan pada bahagian pinggangnya namun sudah mulai makan. – MYNEWSHUB.CC
Batang Besi 6 Kaki 'Masuk' Tubuh Batang Besi 6 Kaki 'Masuk' Tubuh Reviewed by Unknown on December 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.