gambar hiasan |
KUCHING: Netizen serta kalangan peminat sukan permotoran menyifatkan kenyataan pemimpin Sarawak sebagai ‘bodoh’ kerana mempertikai serta memperlekeh cadangan untuk membina trek perlumbaan motor di negeri ini.
Menurut netizen, kenyataan seumpama itu bukan sekadar ‘bodoh’, malah akan membunuh potensi sukan permotoran di Sarawak.
Antara yang menjadi sasaran kecaman peminat sukan permotoran ialah Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Abdul Karim sebelum ini menurut laporan sebuah akhbar tempatan menyifatkan pembinaan trek lumba di Sarawak sebagai tidak sesuai dan tidak berdaya maju.
Malah Abdul Karim meragui kewujudan trek lumba akan mengurangkan aktiviti lumba haram di kalangan golongan muda.
Bagaimana pun kenyataan Karim menimbulkan kemarahan ratusan penggiat sukan permotoran di Sarawak, yang menyifatkan beliau tidak peka tentang perkembangan sukan tersebut ketika ini, dan sebagai pemimpin beliau gagal melihat potensi jangka masa panjang.
“Sepatutnya sebagai pemimpin Karim tahu perbezaan antara lumba haram dan sukan permotoran, namun beliau memilih untuk membuat tafsiran yang salah.
"Menyamakan sukan permotoran dengan aktiviti negatif mat rempit
merupakan satu penghinaan kepada penggiat sukan bermotor di negeri ini," luah seorang peminat sukan bermotor yang hanya dikenali sebagai Shafiq.
Manakala Awang Azman menerusi komen di Facebook berkata sepatutnya Sarawak sudah mampu membina trek sendiri dari hasil buminya yang kaya.
"Sepatutnya Sarawak sudah ada trek yang bertaraf antabangsa, dengan sumber kekayaan yang ada.
"Namun pemimpin seperti Karim lebih mementingkan padang golf, atas alasan orang kampungnya berhenti dari sukan motor jika sudah berkahwin," katanya sinis
Manakala Awang Azman menerusi komen di Facebook berkata sepatutnya Sarawak sudah mampu membina trek sendiri dari hasil buminya yang kaya.
"Sepatutnya Sarawak sudah ada trek yang bertaraf antabangsa, dengan sumber kekayaan yang ada.
"Namun pemimpin seperti Karim lebih mementingkan padang golf, atas alasan orang kampungnya berhenti dari sukan motor jika sudah berkahwin," katanya sinis
Sementara itu, seorang lagi peminat sukan permotoran yang dikenali sebagai Play Fariz menerusi akuan Facebooknya berkata, kenyataan Karim merupakan pandangan peribadi beliau yang kurang bernas dan kurang menyenangkan ratusan penggiat sukan permotoran di Sarawak.
“INI hanya pandangan peribadi beliau yg kurang Bernas Dan kurang menyenangkan ratusan pengiat sukan permotoran di Sarawak,” katanya
Fariz turut membidas kenyataan Karim yang memberi gambaran pelumba sukan bermotor akan berhenti setelah mereka berumah tangga.
“Sukan ini bukan seperti gambaran beliau apabila sudah berumah tangga mereka akn behenti belumba (Ini mungkin jika DLM kampung beliau) tapi kita bercakap keseluruhan Sarawak Dan Malaysia secara amnya,” tegas Fariz
Menurutnya, meskipun kenyataan pemimpin tersebut boleh membunuh sukan permotoran di Sarawak, namun pihaknya berharap ada tindakan susulan serta perbincangan bersama pihak kerajaan dan penggiat sukan permotoran di negeri ini.
Beliau turut melahirkan penghargaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman kerana berani menyuarakan kehendak golongan muda berkaitan sukan permotoran di Sarawak yang sedang jauh ketinggalan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lepas. - Sarawakiana
Tafsiran ‘Bodoh’ Pemimpin Bakal Membunuh Sukan Permotoran Sarawak
Reviewed by Admin
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: