Seo Services

Penganggur Didakwa Membunuh


Sungai Petani: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Flat Paya Nahu, di sini, antara 27 Oktober hingga 24 November lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan tertuduh Mohd Affandi Fauzi Ramlee, 34, sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.


Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa melakukan satu pembunuhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Qhairullah Abd Hadi, 2, di sebuah rumah di Flat Paya Nahu antara 27 Oktober jam 8 pagi hingga 24 November lalu jam 2 pagi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izza Munirah Mansor dan kes disebut semula pada 22 Januari depan untuk menunggu laporan kimia dan forensik bedah siasat.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Qhairullah Abd Hadi, 2, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya dibalut selimut toto dan disumbat ke tong ikan di sebuah rumah tingkat tiga di Flat Paya Nahu, di sini.

Perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan teman lelaki ibu kandungnya masing-masing berusia 34 dan 26 tahun yang disahkan positif syabu.
Penganggur Didakwa Membunuh Penganggur Didakwa Membunuh Reviewed by Unknown on December 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.