Seo Services

FELCRA Diminta Semak Semula Dividen Peserta

Image result for Dr Juanda
MUKAH: FELCRA Berhad (FELCRA) diminta tidak mengambil kesempatan ke atas penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Jemoreng yang berdiam diri mengenai ketidakpuasan hati teerhadap dividen tanaman kelapa sawit diterima peserta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata lebih baik FELCRA segera menyemak semula dividen peserta yang agak kecil dan tidak masuk akal.

“Dengan dividen hanya RM90 setahun untuk seekar tanah, bagaimana rakyat hendak mengubah kehidupan,” katanya di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak terbabit tidak patut memberi alasan sama setiap tahun iaitu menanggung kos perbelanjaan pengurusan tinggi walhal harga minyak kelapa sawit stabil di pasaran.

“Saya mahu FELCRA semak semula dengan kadar segera perkara ini,” tegas beliau.

Katanya kos pengurusan jika setahun dua besar terpaksa ditanggung adalah dimaafkan, namun kini menjangkau masa lama setelah projek dimulakan.

“Sebab di kawasan lain mungkin ada sudah buat ‘blockade’ (halangan) tetapi tidak di sini sebab penduduk mahu jalan penyelesaian secara baik,” jelas Juanda.

Beliau turut meminta FELCRA mengadakan sumbangan balik kepada komuniti setempat melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat.

Katanya ini tidak dikira sumbangan ke arah keagamaan dan pendidikan penduduk setempat.

Hal yang sama turut diperingatkan kepada 18 syarikat perladangan tanaman sama yang beroperasi di konstituensi beliau.

“Jangan anggap ini sebagai perkara remeh, harus selesaikan sesegera mungkin,” tegas beliau.

Ini kali kedua Juanda meminta FELCRA berbuat demikian. - UB
FELCRA Diminta Semak Semula Dividen Peserta FELCRA Diminta Semak Semula Dividen Peserta Reviewed by Azmin on December 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.