Seo Services

Gara-Gara Kemalangan Kecil, Dua Wanita Bergaduh Sesama Sendiri


SIBU: Gara-gara kemalangan kecil, dua wanita dikatakan bergaduh sesama sendiri selepas berlaku perselisihan faham dalam menyelesaikan insiden terbabit.

Kemalangan itu difahamkan berlaku di Jalan Mission di sini sekitar jam 11 pagi semalam.

Berlaku sedikit perlanggaran antara bas dan kereta terbabit

Pemandu kereta yang berusia 19 tahun bersama ibunya dalam perjalanan ke Pasar Sentral Sibu manakala bas juga dalam arah yang sama.

Pergaduhan itu melibatkan wanita terbabit dengan konduktor bas berusia 30-an.

Tidak diketahui bagaimana kejadian itu berlaku, kedua-dua mereka mulanya cuba menyelesaikan kemalangan terbabit.

Difahamkan berlaku pertikaman lidah antara mereka yang akhirnya menyebabkan konduktor bas dipercayai menampar muka wanita terbabit.

Kemudian wanita itu turut membalas tindakan konduktor bas itu.

Melihat keadaan semakin tegang, ibu wanita terbabit kemudian menghubungi ahli keluarganya.

Konduktor bas difahamkan berasa bimbang dan masuk ke dalam bas.

Dipercayai keadaan bertambah buruk apabila ahli keluarga wanita terbabit cuba masuk ke dalam bas untuk mencari konduktor itu namun dihalang oleh orang ramai.

Keadaan kemudian kembali pulih apabila polis datang meleraikan pergaduhan itu.

Kemalangan dan insiden pergaduhan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Wanita itu dikatakan mengalami sedikit luka di pipinya.

Dia bersama keluarganya membuat laporan polis.-UB
Gara-Gara Kemalangan Kecil, Dua Wanita Bergaduh Sesama Sendiri Gara-Gara Kemalangan Kecil, Dua Wanita Bergaduh Sesama Sendiri Reviewed by Unknown on December 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.