Dalam masyarakat Iban terdapat berbagai petua yang memang menjadi kepercayaan sejak sekian lama. Pada masa dahulu mereka memang terkenal dalam aktiviti berburu haiwan dan sudah biasa selok belok dalam hutan.
Terdapat cerita menarik ketika masyarakat Iban sedang memburu haiwan, walaupun dalam keadaan malam yang gelap atau siang, mereka tahu kawasan tersebut tidak terdapat haiwan untuk jadi mangsa buruan apabila ada petanda yang memberitahu terlebih awal.
Bunyi Ingkat (Kongkang) yang akan berbunyi sekali atau dua kali menandakan tiada binatang buruan di situ. Maka pemburu tidak akan membuang masa untuk mencari di situ dan beralih ke kawasan lain.
Jika tiga kawasan terdapat bunyi ingkat, pemburu akan membatalkan hasrat berburu kerana sesuatu yang akan mendatang musibah akan berlaku. Difahamkan jika diteruskan juga, pasti akan berlaku tembakan yang tidak disengajakan seperti tertembak rakan sendiri atau orang lain kerana mata sudah dikaburi oleh semangat jahat.
Ada juga penceritaan yang pernah didengar ialah ketika pasukan tentera Iban Trackers yang memburu musuh pada masa dahulu. Terdapat cerita mengatakan bunyi ingkat menjadi penyelamat kepada pasukan tentera tersebut.
Ingkat akan berbunyi tanpa henti dalam jangkamasa panjang menandakan musuh sedang berada hampir dengan mereka. Bunyi Ingkat akan menjadi penanda supaya lebih berhati-hati kerana musuh berada hampir dengan mereka.
Inilah sebabnya pasukan tentera Iban Trackers dahulu dianggap sebagai pakar mengesan musuh ketika berada di dalam hutan tebal kerana sering mengamalkan petua-petua yang telah diajar oleh nenek moyang dan salah satu petua ialah mengenal pasti bunyi ingkat ketika berada di hutan.-Sarawakiana
Ingkat Berbunyi Beri 'Petanda'
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: