Seo Services

Wanita Maut Selepas Kereta Masuk Jalan Berlubang


SEORANG wanita dilapor maut selepas kereta yang dipandunya terjunam dalam jalan raya yang berlubang di Texas, Amerika Syarikat, Ahad lalu.

Menurut pihak polis tempatan, mangsa, Dora Nishihara bersendirian memandu kereta sebelum jalan yang dilaluinya tiba-tiba runtuh menyebabkannya terperangkap dalam kenderan.

Keretanya terbalik dalam dalam runtuhan itu dan ditenggelami air menyebabkan mangsa maut serta merta di tempat kejadian.

Turut sama menjadi mangsa ialah seorang lelaki warga emas namun dia terselamat selepas beberapa pengguna jalan raya membantu membawanya keluar dari kawasan runtuhan berkenaan.

Sehingga kini pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian yang menyebabkan jalan tersebut runtuh. – MYNEWSHUB.CC
Wanita Maut Selepas Kereta Masuk Jalan Berlubang Wanita Maut Selepas Kereta Masuk Jalan Berlubang Reviewed by Unknown on December 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.