Seo Services

Malaysia-Sri Lanka Bincang FTA


PUTRAJAYA: Perjanjian dagangan bebas (FTA) Malaysia - Sri Lanka menjadi antara perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena di sini hari ini.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena lawatan rasmi Sirisena ke Malaysia itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneroka peluang bagi merealisasikan FTA tersebut.

“Kedua-dua pemimpin komited untuk mengukuhkan perdagangan dua hala dan kerjasama pelaburan dalam usaha meningkatkan hubungan ekonomi untuk manfaat bersama,” kata kenyataan itu di sini.

Najib hari ini menerima kunjungan Presiden Sri Lanka dan delegasinya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Selain mengadakan mesyuarat bilateral, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan majlis menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pembangunan belia, sektor pekerjaan, pelancongan, kebudayaan dan penyelidikan. - UTUSAN ONLINE
Malaysia-Sri Lanka Bincang FTA Malaysia-Sri Lanka Bincang FTA Reviewed by Unknown on December 16, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.