INDIANA - AMERIKA SYARIKAT. Seluruh anggota polis sebuah bandar di Indiana berhenti kerja kerana pertelingkahan dengan pejabat daerah.
Menurut laporan Indystar, kontinjen polis di bandar Bunker Hill tidak berpuas hati kerana disuruh 'melakukan kegiatan tidak bermoral, tidak beretika dan melanggar undang-undang'.
Antara contoh tugas yang diberikan pejabat daerah adalah seperti memeriksa latar belakang setiap pekerja di daerah tersebut.
Kontinjen polis di bandar tersebut juga dipaksa berkongsi hanya sehelai baju perlindungan kalis peluru untuk kegunaan keseluruhan anggotanya.
"Mereka tidak mahu berkomunikasi dengan kami dan asyik menarik balik kemudahan," kata bekas Ketua Polis Bunker Hill, Michael Thomison.
Thomison mendakwa polis diugut jika mengingkari arahan pejabat daerah.
Walau bagaimanapun, Thomison berkata, beliau mempunyai sebab peribadi untuk berhenti menjadi anggota polis.
Thomison disahkan menghidap kanser tahun lepas dan selanjutnya beliau tidak dibenarkan bekerja separuh masa oleh pejabat daerah.
Disebabkan Bunker Hill mempunyai sifar anggota polis, bandar tersebut terpaksa meminta bantuan bandar lain untuk sementara waktu.-SH
Polis Bandar Indiana Letak Jawatan
Reviewed by Unknown
on
December 16, 2016
Rating:
No comments: