![]() |
gambar hiasan |
BALI - Kontinjen silat negara hari ini memulakan saingan dalam Kejuaraan Pencak Silat Dunia yang berlangsung di Arena Lila Bhuana Denpasar, di sini.
Dalam kejohanan melibatkan 40 negara itu, lima pesilat negara bakal berdepan cabaran sengit untuk mara ke final edisi ke-17 itu.
Sudah pasti jaguh dunia, Al Jufferi Jamari (Putra E) dan Siti Rahmah Kasidin (Puteri E) menjadi harapan negara untuk membawa pulang emas pertama negara.
Pengurus Besar Silat Malaysia, Datuk Osman Nok berkata, pasukan negara perlu kekal tenang dan wajib untuk melepasi peringkat pertama saingan pembukaan hari ini.
"Kita tengok kejohanan hari sangat hebat dan sudah pasti harapan kita tertumpu kepada Al Jufferi dan Siti Rahmah.
"Saingan hari ini kita lihat sangat hebat namun saya harapkan mereka perlu kekal tenang untuk menghadapi lawan mereka" Katanya kepada Kosmo! di sini.
Sementara itu, kejohanan tersebut turut menarik minat wakil dari negara Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Azerbaijan, Belanda, Belgium, Brunei, Filipina, India, England, Iran, Jepun, Jerman, Kazakhstan, Korea Selatan, dan Kyrgistan.
Turut berentap Laos, Mesir, Myanmar, Pakistan, Perancis, Rusia, Senegal, Singapura, Sepanyol, Thailand, Turki, Ukraina, Uzbekistan, dan Vietnam. - K! ONLINE
Saingan Malaysia Di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Bermula
Reviewed by Unknown
on
December 05, 2016
Rating:

No comments: