KAHERAH: Seorang bekas bintang bola sepak Mesir semalam dimasukkan dalam senarai pengganas pihak berkuasa negara itu kerana disyaki membiayai kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan.
Sehubungan itu, harta Mohamed Aboutrika yang pernah bermain untuk pasukan Al-Ahly dan pasukan kebangsaan negara itu, dibekukan kerajaan Mesir, kata peguam pemain berkenaan.
Dia dituduh membiayai Ikhwan yang diisytiharkan pertubuhan pengganas pada hujung 2013.
Aboutrika, antara pemain berjaya di negara itu, secara terbuka menyuarakan sokongan terhadap pencalonan Mohamed Mursi dari Ikhwan dalam pilihan raya presiden pada 2012.
Mursi memenangi pilihan raya itu, yang pertama diadakan secara demokratik sebelum tentera yang dipimpin presiden sekarang, Abdel Fatah al-Sisi, merampas kuasa setahun kemudian.
Peguam Aboutrika, Mohamed Osman berkata, keputusan memasukkan bekas bintang bola sepak itu dalam senarai pengganas bertentangan dengan undang-undang.
Pembekuan harta Aboutrika masih dikuatkuasa walaupun dua mahkamah mengarahkannya ditarik balik.-Agensi
Bekas Bintang Bola Sepak Disenarai Pengganas
Reviewed by Unknown
on
January 19, 2017
Rating:
No comments: