Seo Services

Bimbang Dasar Trump, Pasaran Saham AS Jatuh



NEW YORK: Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) jatuh ketika ditutup malam tadi, dengan kaunter kewangan, pengangkutan dan syarikat yang mencatatkan kenaikan besar pasca pilihan raya semuanya merudum ketika musim laporan kewangan bermula.

Turut mempengaruhi prestasi saham adalah kebimbangan berhubung dasar perdagangan yang dirancang oleh bakal Presiden, Donald Trump.

Kebimbangan itu mengheret dolar ke paras terendah dalam tempoh lebih sebulan manakala pulangan bon jatuh memandangkan pelabur mengurangkan risiko.

Indeks kewangan S&P 500, yang mencatatkan sokongan sejak pilihan raya berikutan jangkaan kadar faedah akan dinaikkan serta kawal selia dilonggarkan di bawah Trump, mencatatkan prestasi terburuk sejak 27 Jun dan menerajui kerugian sektor.

Ia jatuh 2.3 peratus. Saham Morgan Stanley susut 3.8 peratus walaupun keuntungan berganda pada suku keempat.

Ketua Kewangan bank itu, Jonathan Pruzan, berkata Morgan Stanley tidak akan menaikkan sasaran suku tahunan bagi perniagaannya sehingga ia jelas bahawa arah aliran pendapatannya dapat dikekalkan.

Saham bioteknologi dan farmaseutikal merosot selepas Trump dalam satu temubual bersama Washington Post berkata, beliau akan memberi perhatian terhadap harga ubat dan bersedia untuk memperkenalkan rancangan bagi menggantikan dasar Obamacare.

Indeks bioteknologi Nasdaq susut dua peratus.- Reuters
Bimbang Dasar Trump, Pasaran Saham AS Jatuh Bimbang Dasar Trump, Pasaran Saham AS Jatuh Reviewed by uMieySurianie on January 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.