Seo Services

Merayau Tepi Rumah Sendiri Pun Kena Belasah


MALANG menimpa seorang lelaki apabila dia dibogelkan, diikat di tiang elektrik serta disiksa selama beberapa jam hanya disebabkan dia merayau dalam keadaan mencurigakan berhampiran rumahnya sendiri di Azhikode, Kerala.

Mangsa yang dikenali sebagai Salam Sulaiman itu diperlakukan dengan kejam oleh sekumpulan lima lelaki. Dia mengalami pendarahan, lebam dan hilang tiga batang gigi.

Bukan itu sahaja, Salam, 47, turut dibogelkan dan gambarnya dirakamkan serta dimuatnaik dalam media sosial.

Dia dibawa ke hospital Taluk. Kesnya kini disiasat oleh polis dan pihak berkuasa juga sudah mengenalpasti mereka yang memukul Salam, selepas polis mendapatkan keterangan daripadanya.

“Usia suspek tidak diketahui tetapi kita sedang menjalankan gerakan untuk menangkap mereka,” kata jurucakap polis. – MYNEWSHUB.CC
Merayau Tepi Rumah Sendiri Pun Kena Belasah Merayau Tepi Rumah Sendiri Pun Kena Belasah Reviewed by Unknown on January 19, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.