SERDANG: Pasukan khas Bukit Aman menahan tiga anggota polis kerana didapati menggunakan kereta klon mewah di sekitar daerah ini, Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, anggota berpangkat lans koperal dan koperal itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS) Bukit Aman di beberapa lokasi berasingan di sini, selepas gagal memberi penjelasan perbuatan mereka.
“Empat kenderaan mewah yang dirampas daripada anggota polis itu ialah BMW 520i, Toyota Estima, Honda Accord dan Mini Cooper,” katanya selepas Majlis Pelupusan Mesin Komputer Perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.
Menurutnya ketiga-tiga anggota itu digantung sementara tugas sehingga siasatan selesai.
"Kami sedang siasat sejak bila mereka menggunakan kereta itu dan bagaimana mereka memperolehnya," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika sabit kesalahan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.-HM
Polis Ditahan Guna Kereta Klon Mewah
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2017
Rating:
No comments: