BANGKOK: Seorang lelaki warga Czech yang dikehendaki di negaranya kerana menyebarkan HIV kepada beberapa mangsa ditangkap di pulau Phuket selepas tinggal di Thailand lebih setahun, kata polis semalam.
Zdenek Pfeifer, 49, ditahan di sebuah apartmen di Phuket pada petang kelmarin, kata Interpol Thailand dalam satu kenyataan.
Lelaki itu ditahan selepas amaran mengenai kehadirannya di pulau peranginan popular itu tular di media sosial Thailand.
“Polis Thailand akan menghubungi bahagian Interpol Czech sejurus dia dihukum kerana melakukan kesalahan di negara ini,” kata Interpol Thailand.
Menurut kenyataan itu, Pfeifer yang masuk ke Thailand dengan visa pelancong pada Jun 2015 ditahan kerana tinggal melebihi tempoh.
Media Czech melaporkan Pfeifer melarikan diri ke luar negara pada Jun 2015 selepas dia didakwa menjangkiti lebih 12 lelaki termasuk remaja bawah umur dengan HIV.
Jurucakap polis Thailand, Krissana Pattanacharoen berkata, Pfeiffer berdepan dakwaan seksual di Czech.
Sehingga kini tiada laporan menunjukkan Pfeiffer menjangkiti sesiapa dengan HIV sepanjang dia tinggal di negara itu.-AFP
Polis Thai Tahan Lelaki Sebar HIV
Reviewed by Unknown
on
January 19, 2017
Rating:
No comments: