Seo Services

SUPP Percaya Kepimpinan Abang Jo


Pengalaman dan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pasti akan menjadi kekuatan untuk meneruskan perjuangan dan tugas yang diwariskan dari bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengakui, segala nikmat perpaduan dan kemajuan yang dinikmati penduduk negeri Sarawak adalah hasil dari usaha keras pucuk pimpinan negeri selama ini.

“Sarawak sentiasa diberkati dengan banyak pemimpin yang berkaliber dan kita akan mendapat manfaat yang banyak berbanding negeri lain,” katanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang kepada pemberita semalam.

SUPP percaya, walaupun Sarawak dihuni puluhan etnik unik, tanpa barisan kepimpinan negeri yang berpengaruh serta berkaliber, kemajuan serta keharmonian kaum tidak akan dapat dirasa.

Kejayaan pemimpin Sarawak terdahulu sudah terbukti kerana telah berjaya membawa Sarawak mengejar arus pembangunan negara. Sifat kepimpinan ini diwarisi dalam barisan kepimpinan dan terus ditingkatkan untuk membawa Sarawak ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Saya sangat percaya Ketua Menteri yang baharu akan dapat menggalas dan meneruskan perjuangan dan kerja yang telah Allahyarham Adenan mulakan," kata Lo yang merupakan pemimpin SUPP.

Walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan nama Presiden SUPP, Datuk Doktor Sim Kui Hian bakal mengisi satu kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri, SUPP dengan jelas menyatakan kepercayaan mereka terhadap kemampuan pucuk pimpinan tertinggi negeri Sarawak untuk menentukan barisan kepimpinan terbaik dan sesuai.

“Tetapi kita percaya pemimpin negeri hari ini termasuk Tuan Yang Terutama (TYT) berupaya membuat keputusan yang baik untuk semua.

"Sokongan terhadap Ketua Menteri baharu menunjukkan perpaduan kaum di negeri ini kerana tidak ada pemimpin di dalam dunia yang mampu memimpin tanpa ada perpaduan tersebut,” katanya lagi.

Sarawak merupakan sebuah negeri yang amat bertuah. Dengan keluasan muka bumi yang hampir menyamai Semenanjung Malaysia, Sarawak di anugerah dengan pelbagai nikmat yang seharusnya disyukuri oleh setiap rakyatnya.

Abang Jo pasti mempunyai cara tesendiri untuk mentadbir negeri Sarawak. SUPP akan memberi sokongan terbaik untuk membantu pentadbiran baharu negeri agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan perpaduan negeri sentiasa kekal utuh. - Sarawakiana
SUPP Percaya Kepimpinan Abang Jo SUPP Percaya Kepimpinan Abang Jo Reviewed by Azmin on January 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.