KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menyerahkan mayat lelaki warga Korea Utara (Kim Jong-nam) kepada mana-mana pihak selagi identiti mangsa tidak dapat disahkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata ujian pemeriksaan Asid Deoksiribonukleik (DNA) perlu dilakukan untuk mengenalpasti identiti sebenar si mati.
"Ini adalah prosedur yang ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang negara ini dan pihak berkuasa sedang menunggu sampel DNA untuk pengesahan mayat lelaki terbabit.
"Oleh yang demikian, Malaysia tidak akan menyerahkan mayat selagi identiti mangsa atau si mati tidak dapat ditentukan secara sah," katanya dalam temubual bersama stesen televisyen Arab Saudi, Al Arabiya, baru-baru ini.
Najib berkata, Malaysia perlu untuk mengambil pendirian secara serius dalam menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan berkenaan untuk mendapatkan kebenaran dalam kes berkenaan.
"Semua individu yang bertanggungjawab atas kejadian itu akan didakwa mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan di negara ini sekiranya mereka didapati bersalah," katanya.
Najib menyatakan perkara itu selepas ditanya oleh Pengurus Besar Al Arabiya, Turki Aldakhil, berhubung perkembangan kes pembunuhan Jong-nam, semasa kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia, pada 26 Februari hingga 1 Mac lalu.-BH
Identiti Mayat Lelaki Korea Utara Perlu Disahkan - PM
Reviewed by Unknown
on
March 06, 2017
Rating:
No comments: