KUCHING: Seorang warganegara India dan seorang warganegara Malaysia minta dibicarakan atas tuduhan melakukan rasuah bersama, di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini.
Warga India itu Balaji Ramachandran, 38, dan Abdul Nasar Kassim, 50, dari Sungai Buloh, Selangor dituduh melakukan rasuah kira-kira 12.10 tengah hari pada 12 November tahun lalu di dalam sebuah kenderaan yang diparkir di bahagian belakang premis Kamal Curry House di sini.
Mereka didakwa memberi suapan bernilai RM500 kepada seorang Pegawai Imigresen agar tidak mengambil tindakan ke atas pekerja mereka yang disyaki menyalah guna pas kerja sementara.
Mereka dituduh di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan. - Bernama
Warga India Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Rasuah
Reviewed by Unknown
on
March 06, 2017
Rating:
No comments: